Menurut Normaliza Abd Rahim (2014), blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal. Dalam hal ini, penulis blog haruslah mempunyai etika ketika menulis blog khususnya dalam berinteraksi dengan pembaca dan penulis blog yang lain. Hal ini dapat meningkatkan keyakinan untuk menulis blog dan menjadikan blog tersebut sebagai sebagai salah satu wahana ilmu dalam kalangan pembaca sekiranya setiap penulis blog mementingkan etika dalam penulisan blog. Berikut adalah merupakan beberapa etika penulisan blog iaitu :
1) Tajuk yang menarik dan boleh menarik perhatian pembaca.
Dalam penulisan blog, perkara yang paling utama yang harus diambil berat adalah merupakan tajuk blog. Normaliza Abd Rahim (2014) telah menyatakan bahawa menulis blog boleh dijadikan sebagai proses untuk menolong dan mempertingkatkan motivasi pelajar dalam kehidupan. Oleh itu, sebagai penulis blog haruslah berdaya kreatif dalam mencipta tajuk blog bagi menarik minat para pelajar untuk membaca perkongsian berkenaan dengan harapan dapat memberi manfaat kepada pembaca.
2) Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.
Penulis blog juga sewajarnya membuat penelitian dalam mengolah sesuatu cerita supaya dapat melahirkan perasaan selesa dalam kalangan pembaca untuk meneruskan pembacaan mereka hingga selesai. Hal ini demikian kerana pengolahan cerita yang menarik sudah tentu dapat menarik hati pembaca sehingga ke pengakhiran cerita yang telah dipersembahkan oleh penulis. Oleh itu, menulis blog boleh dijadikan satu aktiviti yang berguna bukan sahaja untuk meningkatkan keyakinan dalam menulis tetapi juga sebagai motivasi untuk belajar menulis dengan kreatif dan imaginatif. (Normaliza Abd Rahim, 2014)
3) Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
Penulisan blog mempunyai salah satu ciri iaitu bersifat peribadi. Sifat tersebut mampu memberi ruang kepada penulis untuk mencipta penulisan mengikut kehendak dan citarasa tersendiri seperti memasukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik. Hal ini dapat melahirkan suasana yang selesa yang selesa dalam kalangan pembaca kerana pembaca dapat membaca pos yang ditulis dalam keadaan yang ceria. Tambahan pula, penerapan unsur-unsur humor dan berbentuk jenaka turut mampu dijadikan salah satu sumber bacaan untuk menghilangkan stress.
4) Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
Teknologi kini mampu memberi ruang kepada semua orang menyatakan pandangan sama ada secara lisan atau tulisan dan secara formal atau tidak formal. Dalam hal ini, penulisan blog telah dijadikan saluran komunikasi secara meluas. Oleh yang demikian, penulis blog hendaklah memastikan terdapat hujah yang terbaik untuk menghuraikan penulisan anda. Hal ini demikian kerana blog adalah merupakan teknologi yang menawarkan perkongsian maklumat dan idea yang harus dipertanggungjawabkan oleh penulis atas setiap hujah yang dikemukakan dalam setiap pos.
5) Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
Penulisan yang baik hendaklah ditulis dengan meneliti perkembangan semasa. Dalam hal ini, penulis perlulah mengaitkan penulisan blog dengan berita terkini supaya ia dilihat sentiasa segar dalam era penulisan blog. Penulis haruslah sentiasa peka dan mengambil peduli terhadap keadaan sekeliling supaya dapat menjadikan ia sebagai salah satu perkongsian dalam pos bagi penulis berkenaan.
6) Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
Penulis juga disarankan untuk menggunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas supaya dapat menarik menarik perhatian pembaca dari setiap lapisan umur. Penggunaan ayat yang ringkas dapat membantu penulis untuk mengurangkan kesalahan dalam penggunaan ayat terutamanya dalam tatabahasa. Hal ini dapat memberi ruang kepada penulis untuk mempelajari struktur ayat yang mudah dan boleh meningkatkan kemahiran menulis khususnya dalam pembelajaran bahasa.
7) Dapat dibaca dan difahami.
Penulisan blog yang menjadi kegemaran pembaca bukan sahaja menarik tetapi haruslah dapat dibaca dan difahami oleh pembaca. Penulisan blog yang baik sudah tentu mampu meninggalkan kesan yang positif dan boleh dijadikan sebagai bahan motivasi dalam kalangan pembaca kerana ia mudah difahami dan mampu dihayati oleh sesiapa pun yang membacanya.
8) Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
Wnag & Woo (2008) menyatakan bahawa blog merupakan alat teknologi yang menwarkan peluang kepada pengguna untuk menyusun maklumat, menyiar dan berkongsi idea, maklum balas, memberi komen, menilai hnantaran dari orang lain, bertanggungjawab terhadap penulisan dan pembelajaran mereka dan meletakkan pendapat mereka dalam penulisan. hal ini telah menunjukkan bahawa penulisan blog sekaligus memberi ruang kepada penulis untuk berkomunikasi dengan pembaca.
9) Masukkan moral dan nilai etika dalam penulisan anda.
Penulis blog turut disarankan menyelitkan nilai etika dan moral dalam penulisan supaya dapat memberi pengajaran kepada pembaca. Hal ini dapat meninggalkan kesan kognitif dan emotif terhadap pembaca sewaktu menghayati penulisan yang disampaikan oleh penulis menerusi pos yang yang telah dikongsi.
10) Berilmu untuk pendidikan
Tekonologi kini telah menggariskan kaedah pembelajaran menerusi blog pendidikan. Hal ini sangat berguna untuk para pelajar khususnya di peringkat universiti kerana para pelajar dapat mempelajari pelbagai saluran komunikasi dan boleh berinteraktif secara dalam talian. Hal ini sekaligus dapat memperbaiki kemahiran berbahasa khususnya dalam proses penulisan dalam kalangan pelajar.
No comments:
Post a Comment