ASSALAMUALAIKUM.......
Pada hari ini saya akan menceritakan tentang keluarga saya. Saya Nor Fatin Syuhaida Binti Abdul Gani dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat bahagia. Ayah saya bernama Abdul Gani bin Abdul Karim dan ibu saya pula bernama Che Ah bt Che Ahmad. Saya mempunyai tujuh orang adik-beradik dan saya merupakan anak yang ketiga dalam keluarga. Saya mempunyai seorang abang yang merupakan anak sulung dan anak kedua pula adalah kakak saya. Kakak saya sudah berkahwin dan dikurniakan tiga orang anak. Saya mempunyai dua orang adik lelaki dan dua orang adik perempuan dan masing-masing masih bersekolah. Adik saya iaitu anak keempat dalam keluarga baru sahaja menamatkan pelajarannya dengan mengambil jurusan Diploma Kesetiausahaan di salah sebuah institusi pendidikan swasta. Kini, dia sudah mula melangkah ke alam pekerjaan dengan mencari pengalaman bekerja di sebuah syarikat yang bertempat di Pulau Pinang. Manakala anak yang kelima dan keenam masing-masing sibuk dengan tuisyen sebagai pecutan terakhir kerana mereka akan menduduki peperiksaan awam pada tahun ini iaitu SPM dan PT3. Alhamdulillah, baru-baru ini saya memperhati mereka secara tanpa mereka sedar, mereka agak bersungguh-sungguh menuntut ilmu dan mereka juga rajin menghadiri tuisyen yang diadakan oleh pihak sekolah. Adik saya yang bongsu pula adalah pelajar tingkatan satu di sekolah yang sama dengan abang-abangnya. Dia sangat manja dengan abang-abangnya dan mereka sangat akrab ketika berada di rumah.
Ayah saya merupakan seorang jurulatih muay thai di kampung. Beliau telah mengajar selama 25 tahun di bawah Kelab Muaythai Gajah Putih. Beliau mempunyai ramai pelajar termasuklah anak-anaknya. Saya turut berkesempatan untuk berlajar seni mempertahankan diri dan saya berasa sangat bertuah kerana diberi peluang tersebut. Walaupun saya merupakan anak jurulatih, saya masih diajar tanpa pilih kasih oleh ayah dan kadang kala saya dimarahi kerana main-main sewaktu latihan. Pengalaman yang paling menarik dalam hidup saya sepanjang menjadi ahli kelab Muaythai Gajah Putih, saya telah diberi peluang untuk menemani abang saya ketika dia dipilih untuk mewakili kelab dalam Pertandingan Muaythai yang dianjurkan dalam peringkat zon utara yang bertempat di Kepala Batas, Pulau Pinang. Pada ketika itu, saya melihat wajah-wajah yang menginginkan kemenangan berpihak kepada abang saya. Akhirnya, abang saya memenangi pertandingan tersebut dan kami berasa sangat gembira dan sangat kagum dengan kemenangannya. Itulah titik permulaannya dalam dunia seni pertahankan diri untuk abang saya. Ayah saya turut memilih anak-anak buahnya yang lain untuk bertanding dalam setiap pertandingan yang dianjurkan. Kelab Muaythai Gajah Putih sangat meninggalkan kenangan yang bermakna buat kami sekeluarga.
No comments:
Post a Comment