Tuesday, October 1, 2019

BBM3410Satu2019: Mug Shot ( Wakanda Production)

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Anda tahu apakah itu mug shot?

Jadi, pada hari ini saya ingin kongsikan teknik fotografi mug shot iaitu teknik mengambil secara dekat tapi dalam keadaan tidak bersedia . Jom kita lihat, teknik mug shot dari Wakanda Production. Kami telah memaparkan emosi yang berbeza-beza bagi setiap gambar di bawah.


Gambar ini boleh diambil sekiranya rakan anda sedang berduka misalnya dia telah mendapat berita sedih iaitu kucingnya di kampung telah mati secara tiba-tiba. Bagi pencinta kucing pasti akan berasa sedih sebegini, bukan?


Gambar mug shot seperti ini sangat sesuai diambil ketika anda keluar makan di KFC bersama rakan anda. Sewaktu sedang makan, rakan anda telah mencuri kulit ayam anda secara sengaja. Ya Allah, geramnya tapi sabar je lah.



Gambar mug shot ini kelihatan seperti wajah seorang gadis yang sangat teruja ketika melihat sesuatu secara tiba-tiba. Mungkin 'crush' baru melintas di hadapannya ketika gambar ini diambil. Mohon bertenang wahai saudari.

No comments:

Post a Comment