ULASAN BLOG DI
DALAM KELAS BAHASA
Bab ini membincangkan tentang.......
Berdasarkan
kajian yang ditulis oleh Normaliza Abd Rahim dan Noraien Mansor (2017) dalam buku Eh!!! Media
Sosial, beberapa kajian berkenaan dengan penulisan blog telah diterangkan
secara terperinci khususnya dalam bidang pendidikan. Dalam hal ini, secara
asasnya kita harus mengetahui bahawa blog telah diberi definisi sebagai satu
medium perbincangan bertulis sama ada
dalam bentuk formal atau tidak formal (Normaliza Abd Rahim,2014). Rangkaian sosial
ini telah memberi peluang kepada pengguna blog untuk memanfaatkanya sebagai medium untuk
kegunaan peribadi sebagai jurnal atau diari dan seterusnya ia juga boleh digunakan untuk tujuan
perniagaan sebagai medium untuk mempromosikan produk dan mengiklankan produk. Hal
ini menunjukkan bahawa pengguna blog harus bijak untuk mengguna aplikasi blog
bukan sahaja untuk mendapatkan kemudahan terhadap diri- sendiri tetapi juga mampu memberi manfaat kepada orang lain apabila penulisan blog yang dibuat dapat membantu
orang lain.
Sehubungan dengan
itu, kajian turut dilakukan terhadap pengguna blog yang berlainan jantina. Kajian ini telah dibuat oleh Zaini Amir et al. (2012). Menerusi
kajian tersebut telah didapati bahawa terdapat perbezaan antara lelaki dan perempuan
yang telah terlibat dalam penulisan blog. Hal ini dapat dilihat dengan
menggunakan teori Lakoff(1975) iaitu
dengan membuat rumusan dalam ciri bahasa yang terdiri daripada unsur kesangatan
(intensifiers), unsur penegas ( hedging), penambahan soalan ( tag question),
kata sifat ‘kosong’ ( empty adjective)
dan kata keterangan. Berdasarakan
unsur-unsur tersebut telah didapati bahawa perbezaan jantina turut mempengaruhi corak
penulisan yang dibuat dalam penulisan blog. Zaini Amir et al. (2012) turut
berpendapat bahawa golongan berjantina perempua lebih kerap menulis blog
berbanding dengan lelaki. Hal ini dapat dirumuskan bahawa perempuan lebih suka
menulis blog dan terlibat secara interaktif berbanding dengan lelaki.
Di samping itu,
penulisan blog juga dilihat sangat membantu penulis untuk meningkatkan
kemahiran menulis supaya menjadi lebih kreatif dan seterusnya dapat membentuk
keyakinan dalam menulis. Nadrah Abu
Bakar et al. (2010) telah menggariskan cirri-ciri
blog sebagai alat pengajaran di dalam kelas bahasa Inggeris sebagai bahasa
kedua. Dalam kajian ini dapat menyimpulkan bahawa responden positif untuk
menggunakan blog dalam aktiviti pembelajaran kedua. Hal ini menunjukkan bahawa
pelajar lebih selesa untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam bahasa kedua
dengan menggunakan blog dengan tujuan seperi membaca, menulis dan sebagainya. Kesimpulannya,
jelaslah menunjukkan bahawa blog yang dimanfaatkan dalam pembelajaran sudah
tentu dapat meningkatkan gaya penulisan seseorang dan mampu meningkatkan
keyakinan untuk menulis.
No comments:
Post a Comment