Tuesday, October 1, 2019

BBM3410Satu2019: Medium Shot ( Wakanda Production)

Assalamualaikum dan hai semua.....

Kali ini saya hendak memaparkan hasil kerja fotografi dari Wakanda Production iaitu teknik medium shot. Ayuh, kita lihat....


Medium Shot Manusia dan Pemandangan


Jika rakan anda ingin terbang, eloklah kita menggunakan teknik medium shot sewaktu mengambil gambar supaya mereka lebih nampak dengan jelas bahawa mereka hanya mimpi di siang hari.


Gambar ini diambil di jalan raya kecil yang merupakan bersebelahan dengan Dewan Zaaba, FBMK. Pada ketika ini, kedua-dua rakan ini berasa bosan dengan PITA. Jadi, mereka bercadang untuk membuat senaman ringan seperti ini.



Gambar ini diambil dengan berfokus kepada empat orang pelajar sedang berjalan menuju ke arah stesen bas untuk pergi ke kuliah. Di sebaliknya, ia berlatarkan pemandangan kehijauan pokok dan bangunan kolej yang tersergam indah. Nasib baik cuaca agak cerah pada hari itu, kalau hujan memang  berebut payunglah mereka ini.

Medium Shot Manusia


Gambar ini diambil dengan hanya berfokus kepada tiga orang sahabat ini sahaja. Masing-masing berangan-angan ingin menjadi model tetapi setelah melihat sendiri gambar ini angan-angan tersebut sudah menjadi seperti semak-samun di belakang mereka.


Eh, apakah itu? Dah tahu Dewan Zaaba ada penghuni selain anda berdua, boleh lagi saudari berdua tunggu di situ? Sudah, jom balik.


Aku tak faham kenapa dia duduk di situ tengah panas terik. Gadis di belakang itu pun jalan pakai payung. Tapi, dia yang duduk, aku pulak yang panas, kenapa? Semoga awak tidak demam esok,ya.




No comments:

Post a Comment