Pada kali ini, saya ingin berkongsi tentang teknik fotografi yang paling asas iaitu close-up. Teknik Close-up merupakan kaedah mengambil gambar secara dekat dan model adalah dalam keadaan bersedia ketika sesi pengambaran berlangsung. Jadi, jom kita saksikan hasil fotografi close-up dari Wakanda Production yang terbahagi kepada Close-up manusia dan close-up bukan manusia.
Close-Up Manusia
Pandangan mata itu membawa makna yang tersendiri bagi setiap manusia yang melihatnya. Pandangan ini boleh menimbulkan perasaan keterujaan seseorang untuk mengamati wajah si gadis kerana pandangannya sangat menarik minat sesiapa sahaja yang melihatnya. Pemakaian purdah turut menarik perhatian seseorang yang melihat gambar ini dengan membayangkan perempuan tersebut adalah seorang yang jelita dan boleh juga terjadi sebaliknya. Persoalannya, benarkah dia seorang wanita?
Segarnya udara pada hari ini. Nampaknya jerebu sudah tiada. Indahnya hidup begini walaupun terpaksa berhadapan dengan berbagai-bagai tugasan tetapi masih mampu keluar bersiar-siar. Beginilah cara seorang gadis yang ingin mencari ketenangan iaitu dengan cara tarik nafas dan hembus nafas. Fuhhh seronoknya.
Keyakinan diri itu penting bagi setiap insan. Salah satu cara untuk menjadi yakin adalah seperti ini. Anda boleh menghabiskan masa di hadapan cermin dengan bersolek. Cantik kan, saya?
Close-Up Bukan Manusia
Bunga matahari sangat cantik apabila bunganya kembang mekar bak sang mentari. Kuningnya warna kelopak bunga matahari ibarat sinaran matahari pada hari siang yang panas terik. Bunga matahari menimbulkan keceriaan dan boleh dijadikan sebagai terapi mata apabila melihatnya terutamanya apabila kita mengamati warna hijau daun pokok-pokok matahari itu. Ia turut meninggalkan kesan emotif ketika melihat bunga matahari yang tumbuh segar dan mekar.
Kaca mata sering dikaitkan dengan kecacatan yang berlaku pada penglihatan seseorang. Tetapi bagi si pemakai, kaca mata dianggap sebagai pelengkap hidupnya. Tanpa kaca mata si pemakai berasa hidupnya seolah-olah berjalan tidak berkasut, tidur tidak berbantal dan makan tanpa lauk. Begitulah pentingnya kaca mata pada insan yang memerlukan.
Sungguh kecil nilai duit RM 1 pada masa ini. Bahkan hanya dipandang disepi seolah-olah tiada nilai. Ia mungkin tercicir di tengah jalan ataupun dalam longkang. Ia langsung tidak dihiraukan oleh manusia-manusia yang berharta. Tetapi bagi manusia yang memerlukan duit, RM 1 mampu mengubah hidupnya daripada berlapar mungkin boleh dijadikan alas perut.
No comments:
Post a Comment