Pada kali ini, saya ingin menyajikan hasil kerja teknik fotografi iaitu long shot yang dihasilkan oleh Wakanda Production. Teknik long shot akan dipaparkan terbahagi kepada long shot pemandangan dan long shot pemandangan dan manusia.
Long Shot Pemandangan
Gambar ini diambil dengan berfokus kepada jalan yang dihiasi dengan kehijauan pokok-pokok di tepi jalan tersebut. Bangunan-bangunan yang jauh di sana turut kelihatan walaupun tidak jelas. Sungguh indah pemandangan ini.
Walaupun secara zahir ia dilihat seperti semak-samun, namun ia merupakan suatu keindahan alam yang memukau pandangan mata. Kehijauan rumput ini boleh dijadikan sebagai terapi mata kepada sesiapa sahaja yang melihatnya.
Pemandangan pantai juga sangat mengujakan hati manusia yang ingin mencari ketenangan. Tempat ini sangat menarik kerana dilihat sangat bersih dan sudah tentu udaranya sungguh nyaman.
Long Shot Pemandangan dan Manusia
Pemandangan dari jauh ini menunjukkan suasana yang agak tenang kepada sesiapa yang melihatnya. Kelihatan seorang pelajar sedang berjalan ketika gambar ini diambil.
Gambar ini diambil di jalan raya berhadapan dengan Dewan Besar, UPM. Sungguh gigih rakan saya mengambil gambar ini kerana dia berpendapat jalan di kawasan ini seperti di California.
Anda sudah tentu tahu tempat di dalam gambar ini, bukan? Inilah tempat Agrotourisme yang paling menarik minat pelancong iaitu Cameron Highlands. Walaupun hanya melihat gambar ini, anda sudah tentu dapat membayangkan kesejukan tempat ini, kan? Saya juga begitu.
No comments:
Post a Comment