Tuesday, October 1, 2019

BBM3410Satu2019: BIRD'S EYE VIEW (Wakanda Production)

Assalamualaikum dan hai semua..

Saya akan berkongsi satu teknik fotografi yang dikenali sebagai teknik Bird's eye view. Teknik ini dilakukan dengan mengambil gambar dari arah atas dan disebabkan itulah ia dikatakan sebagai teknik fotografi pandangan mata burung. Berikut adalah contoh gambar yang diambil oleh Wakanda Production :


Gambar ini diambil dari arah atas blok kolej serumpun pada waktu pagi. Waktu ini para pelajar berjalan ke arah stesen bas dan rata-rata ingin menghadiri kuliah. Sementara hendak sampai ke stesen bas, sudah tentu basah dahulu ketiak masing-masing. Itulah yang dinamakan senaman sebelum ke kelas.


Gambar yang kedua pula diambil dari arah atas blok kolej serumpun lelaki yang menghadap ke arah bulatan jalan raya. Pandangan dari arah atas telah menampakkan deretan kereta di sepanjang kaki jalan iaitu  ke arah ladang. Jalan raya di sekitar bulatan juga kelihatan agak lengang pada ketika itu.


Gambar ini diambil di blok kolej Serumpun yang menghadap ke arah parkir yang bertempat di sebelah tasik. Sungguh tenang air tasik  jika dilihat dari arah atas.


Itulah hasil fotografi Bird's Eye View dari Wakanda Production. Selamat mencuba.....



No comments:

Post a Comment