Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....
Teknik fotografi seterusnya yang ingin saya kongsikan pada kali ini ialah teknik 'over the shoulder'. Saya yakin semua orang pernah mencuba teknik ini sewaktu mengambil gambar tetapi hanya tidak tahu namanya sahaja. Teknik fotografi over the shoulder merupakan cara mengambil gambar di sebalik bahu orang lain. Menarik, bukan?
Gambar ini boleh diambil sewaktu ingin pergi ke KFC bersama rakan. Jadi, sebelum pergi eloklah mencuba dahulu teknik ini dengan syarat pinjamlah bahu rakan yang baik hati terlebih dahulu sebelum mengambil gambar. Terima kasih Nana sudi pinjamkan bahu.
Gambar ini diambil sewaktu kisah cinta tiga segi sedang berlangsung. Tanpa melengahkan masa, Amirah secara suka rela meminjamkan bahunya untuk mengambil gambar adegan yang berlaku pada ketika itu. Agak malu-malu si gadis yang berjaya dipayungi oleh sang jejaka itu ya. Seorang lagi gadis redha je lah sebab anda sudah belajar apa itu redha, kan?
Nampak seronok sungguh gadis-gadis ini apabila mendapat mesej dalam 'whatsapp' kelas batal. Jadi, apa tunggu lagi, jom kita ambil gambar. Tapi, bahu Qila yang menjadi mangsa. Maaf ya.
No comments:
Post a Comment