Monday, December 16, 2019

BBM3410Satu2019: KETIKA DAN KALIMAT

Assalamualaikum dan hai semua..

Pejam celik pejam celik dah sampai ke penghujung semester untuk pelajar Tahun Akhir. Ya Allah, macam tak percaya je. Macam-macam perasaan bercampur-baur apabila terkenangkan segala kenangan yang dilalui sepanjang belajar di UPM. Alhamdulillah, saya rasa bersyukur sangat dapat menuntut ilmu yang semakin lama semakin membuatkan saya jatuh cinta untuk belajar lagi. Antaranya subjek Multimedia yang diajar oleh Prof.Dr. Normaliza Abd Rahim. Walaupun pada mulanya agak sukar untuk mengikuti pengajaran beliau kerana saya sebenarnya tidak menggemari aplikasi Instagram, Blog dan Twitter, sehinggakan saya terpaksa membuka akaun laman media sosial berkenaan untuk memenuhi keperluan kursus. Tetapi bak kata prof, "kamu kena redha dan lakukan segala tugasan dengan hati yang redha, maka segalanya akan menjadi mudah." Jadi, saya pun redha membuat segala tugasan multimedia walaupun pada mulanya tak berapa nak redha..haha

Dalam kelas Multimedia pada awalnya kami diminta untuk menubuhkan kumpulan seramai 11 orang dan perlu menamakan kumpulan masing-masing. Nama kumpulan kami tercetus tanpa sengaja sebenarnya kerana pada ketika itu saya dan kawan pergi ke bilik prof untuk mengambil buku Eh!!! Media sosial dan kawan saya, Amirah (Nuyun) dalam masa yang sama turut membayar duit buku untuk kumpulan. Pada ketika itu, prof terus bertanya apa nama kumpulan kamu? Kami terpinga-pinga dan masing-masing terus membelek 'handphone'. Secara tiba-tiba ada Whatsapp masuk yang tertera nama"Wakanda Forever" yang saya sendiri reka nama tersebut untuk "whatsapp group" saya dan kawan-kawan yang rapat. Kemudian kami memandang serentak dan laju sahaja kawan saya menyebut nama kumpulan kami 'Wakanda Production' dan nama tersebut telah mendapat persetujuan semua dan ia berkekalan sehingga ke akhir kelas. Dalam minggu yang ketiga tidak salah saya, kami menerima ahli kumpulan baharu, Mad Nor namanya. Walaupun dia junior tapi mujurlah dia boleh memberi kerjasama dengan baik sepanjang menyiapkan tugasan kumpulan. Saya juga berasa bertuah kerana ahli kumpulan dari Wakanda Production semuanya memberi komitmen yang baik dan segala perancangan kami dapat berjalan dengan lancar. Tidak dinafikan ada ketika kami hampir bergaduh kerana masing-masing tertekan dengan tugasan lain tetapi akhirnya ia dapat dileraikan dengan baik. Alhamdulillah.

Selain daripada tugasan luar, kami juga perlu mengikuti kelas Amali Multimedia yang dibimbing oleh tutor, Encik Akmal namanya. Pada hari pertama kelas tersebut, kami diminta untuk membuat satu post di Blog. Pada ketika saya sedang mereka ayat, tiba-tiba Encik Akmal tanya "tinggal di Sik kat mana?" Tanpa saya sedar dia sedang membaca blog yang sedang tulis rupanya. Terkejut saya. haha. Bila saya beritahu beliau, terus beliau bercerita yang datuknya tinggal satu daerah dengan saya. Haha geng rupanya. ye ke? hehe.. Tapi saya suka cara beliau mengajar di dalam kelas walaupun kadangkala terlalu pantas sehingga saya tidak sempat mengikuti namun lama-kelamaan boleh juga siapkan mengikut masa yang ditetapkan. Kerana terpaksa kurelakan jua. Terima kasih Encik Akmal. Secara keseluruhannya, saya sangat teruja setiap kali menyiapkan tugasan Multimedia walaupun banyak sangat tetapi kebanyakan tugasan yang diberi sangat dengan dekat kehidupan golongan muda pada masa ini. Jadi, saya rasa tugasan berkenaan sangat menarik untuk saya cuba dan ada sesetengah yang baharu saya pelajari. Berdasarkan pendedahan yang diberi oleh Prof dan Encik Akmal sangat membantu saya khususnya dalam mengaplikasikan multimedia dengan baik iaitu ke arah yang positif. Terima kasih Prof.






No comments:

Post a Comment