Wednesday, December 4, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..

Hari ini saya akan berkongsi satu ulasan daripada sebuah buku yang bertajuk Eh!!! Media Sosial. Dalam buku ini terdapat sebanyak lapan bab yang dikaitkan dengan media sosial. Bab pertama adalah pengenalan terhadap media sosial iaitu berkaitan dengan kegunaannya dalam kehidupan seharian dan bab 2 buku pula adalah tentang twitter iaitu merupakan salah satu media yang sangat digemari oleh generasi muda kini. Dalam bab 3 telah menerangkan tentang facebook yang lebih cenderung terhadap  kegunaannya sebagai medium perbincangan bagi pelaksanaan aktiviti pelajar dan ia lebih bertumpu kepada kemahiran membaca dan menulis. Bab 4 pula membincangkan tentang penggunaaan instagram di mana ia telah menjadi satu keperluan bagi masyarakat kini.

Seterusnya, penggunaan e-mel turut diterangkan dalam buku ini di bab 5. Dalam hal ini, penggunaannya sangat penting supaya dapat memudahkan urusan khususnya dalam hubungan sesama manusia. Misalnya, urusan penghantaran pesanan menerusi surat kini hanya boleh dihantar melalui e-mel kerana ia lebih mudah dan cepat. Selain itu, penggunaan blog turut diterangkan dalam bab 6. Penggunaan blog telah memberi kelebihan kepada pengguna khususnya terhadap pembelajaran kerana ia dapat meningkatkan kemahiran menulis.Selain itu, isu-isu yang berkaitan dengan jaringan sosial dalam kalangan pengguna diterangkan dalam bab 7 dan dalam bab 8 pula adalah mengenai implikasi pedagogi penggunaan media sosial dalam pengajaran. Hal ini jelas menunjukkan bahawa, buku ini sangat memberi manfaat kepada semua golongan yang ingin mempelajari tentang media sosial dengan lebih mendalam. Hal ini demikian kerana dalam buku ini bukan sahaja menerangkan tentang penggunaan media sosial malah telah memaparkan kaedah yang betul dalam memanfaatkan media sosial yang kian popular pada masa ini.

RUJUKAN

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2017). Eh!!! Media Sosial. Kuala Terengganu: Penerbit UMT.



Penulis: Prof. Dr. Noraien Mansor dan Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim

Harga Buku: RM60

#BBM3410Satu2019
#ProfDrNSatu2019
#Minggu12KelasAmali
#5Disember2019
#NakJadiNetizenPalingRareDiDuniaMakaBacalahBukuIni
#MaiBeliMai


 

No comments:

Post a Comment