Assalamualaikum...
Hai semua. Hari ini saya ingin kongsikan asas fotografi yang dinamakan sebagai flat lay. Saya pasti anda sudah pernah menggunakan teknik fotografi sedemikian tetapi anda hanya tidak tahu namanya sahaja, bukan?
Jadi, mari kita lihat asas fotografi flat lay dari saya. Sila klik link di bawah :
https://youtu.be/KO8pOR32nxI
Tuesday, October 29, 2019
Saturday, October 19, 2019
BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 6
Assalamualaikum dan hai........
Pejam celik pejam celik dah nak berakhir minggu ke 6 kuliah di UPM. Itu menandakan status sebagai pelajar UPM bakal berakhir. Memang tipulah kalau kata tak sedih kan. Banyak sangat kenangan manis dan pahit sepanjang berada di sini. Mujur ada kelas Multimedia, boleh juga meluangkan masa dengan rakan-rakan Wakanda Production. Riuh-rendah keletah mereka dan saya rasa agak terhibur dengan perangai masing-masing. Itulah kenangan yang bakal saya rindui.
Monday, October 7, 2019
BBM3410Satu2019: Ulasan Bab 6 Blog di Dalam Kelas Bahasa
ULASAN BLOG DI
DALAM KELAS BAHASA
Bab ini membincangkan tentang.......
Berdasarkan
kajian yang ditulis oleh Normaliza Abd Rahim dan Noraien Mansor (2017) dalam buku Eh!!! Media
Sosial, beberapa kajian berkenaan dengan penulisan blog telah diterangkan
secara terperinci khususnya dalam bidang pendidikan. Dalam hal ini, secara
asasnya kita harus mengetahui bahawa blog telah diberi definisi sebagai satu
medium perbincangan bertulis sama ada
dalam bentuk formal atau tidak formal (Normaliza Abd Rahim,2014). Rangkaian sosial
ini telah memberi peluang kepada pengguna blog untuk memanfaatkanya sebagai medium untuk
kegunaan peribadi sebagai jurnal atau diari dan seterusnya ia juga boleh digunakan untuk tujuan
perniagaan sebagai medium untuk mempromosikan produk dan mengiklankan produk. Hal
ini menunjukkan bahawa pengguna blog harus bijak untuk mengguna aplikasi blog
bukan sahaja untuk mendapatkan kemudahan terhadap diri- sendiri tetapi juga mampu memberi manfaat kepada orang lain apabila penulisan blog yang dibuat dapat membantu
orang lain.
Sehubungan dengan
itu, kajian turut dilakukan terhadap pengguna blog yang berlainan jantina. Kajian ini telah dibuat oleh Zaini Amir et al. (2012). Menerusi
kajian tersebut telah didapati bahawa terdapat perbezaan antara lelaki dan perempuan
yang telah terlibat dalam penulisan blog. Hal ini dapat dilihat dengan
menggunakan teori Lakoff(1975) iaitu
dengan membuat rumusan dalam ciri bahasa yang terdiri daripada unsur kesangatan
(intensifiers), unsur penegas ( hedging), penambahan soalan ( tag question),
kata sifat ‘kosong’ ( empty adjective)
dan kata keterangan. Berdasarakan
unsur-unsur tersebut telah didapati bahawa perbezaan jantina turut mempengaruhi corak
penulisan yang dibuat dalam penulisan blog. Zaini Amir et al. (2012) turut
berpendapat bahawa golongan berjantina perempua lebih kerap menulis blog
berbanding dengan lelaki. Hal ini dapat dirumuskan bahawa perempuan lebih suka
menulis blog dan terlibat secara interaktif berbanding dengan lelaki.
Di samping itu,
penulisan blog juga dilihat sangat membantu penulis untuk meningkatkan
kemahiran menulis supaya menjadi lebih kreatif dan seterusnya dapat membentuk
keyakinan dalam menulis. Nadrah Abu
Bakar et al. (2010) telah menggariskan cirri-ciri
blog sebagai alat pengajaran di dalam kelas bahasa Inggeris sebagai bahasa
kedua. Dalam kajian ini dapat menyimpulkan bahawa responden positif untuk
menggunakan blog dalam aktiviti pembelajaran kedua. Hal ini menunjukkan bahawa
pelajar lebih selesa untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam bahasa kedua
dengan menggunakan blog dengan tujuan seperi membaca, menulis dan sebagainya. Kesimpulannya,
jelaslah menunjukkan bahawa blog yang dimanfaatkan dalam pembelajaran sudah
tentu dapat meningkatkan gaya penulisan seseorang dan mampu meningkatkan
keyakinan untuk menulis.
Tuesday, October 1, 2019
BBM3410Satu2019: Close-up ( Wakanda Production)
Assalamualaikum dan hai semua...
Pada kali ini, saya ingin berkongsi tentang teknik fotografi yang paling asas iaitu close-up. Teknik Close-up merupakan kaedah mengambil gambar secara dekat dan model adalah dalam keadaan bersedia ketika sesi pengambaran berlangsung. Jadi, jom kita saksikan hasil fotografi close-up dari Wakanda Production yang terbahagi kepada Close-up manusia dan close-up bukan manusia.
Close-Up Manusia
Close-Up Bukan Manusia

Pandangan mata itu membawa makna yang tersendiri bagi setiap manusia yang melihatnya. Pandangan ini boleh menimbulkan perasaan keterujaan seseorang untuk mengamati wajah si gadis kerana pandangannya sangat menarik minat sesiapa sahaja yang melihatnya. Pemakaian purdah turut menarik perhatian seseorang yang melihat gambar ini dengan membayangkan perempuan tersebut adalah seorang yang jelita dan boleh juga terjadi sebaliknya. Persoalannya, benarkah dia seorang wanita?
Segarnya udara pada hari ini. Nampaknya jerebu sudah tiada. Indahnya hidup begini walaupun terpaksa berhadapan dengan berbagai-bagai tugasan tetapi masih mampu keluar bersiar-siar. Beginilah cara seorang gadis yang ingin mencari ketenangan iaitu dengan cara tarik nafas dan hembus nafas. Fuhhh seronoknya.
Keyakinan diri itu penting bagi setiap insan. Salah satu cara untuk menjadi yakin adalah seperti ini. Anda boleh menghabiskan masa di hadapan cermin dengan bersolek. Cantik kan, saya?
Close-Up Bukan Manusia
Bunga matahari sangat cantik apabila bunganya kembang mekar bak sang mentari. Kuningnya warna kelopak bunga matahari ibarat sinaran matahari pada hari siang yang panas terik. Bunga matahari menimbulkan keceriaan dan boleh dijadikan sebagai terapi mata apabila melihatnya terutamanya apabila kita mengamati warna hijau daun pokok-pokok matahari itu. Ia turut meninggalkan kesan emotif ketika melihat bunga matahari yang tumbuh segar dan mekar.
Kaca mata sering dikaitkan dengan kecacatan yang berlaku pada penglihatan seseorang. Tetapi bagi si pemakai, kaca mata dianggap sebagai pelengkap hidupnya. Tanpa kaca mata si pemakai berasa hidupnya seolah-olah berjalan tidak berkasut, tidur tidak berbantal dan makan tanpa lauk. Begitulah pentingnya kaca mata pada insan yang memerlukan.
Sungguh kecil nilai duit RM 1 pada masa ini. Bahkan hanya dipandang disepi seolah-olah tiada nilai. Ia mungkin tercicir di tengah jalan ataupun dalam longkang. Ia langsung tidak dihiraukan oleh manusia-manusia yang berharta. Tetapi bagi manusia yang memerlukan duit, RM 1 mampu mengubah hidupnya daripada berlapar mungkin boleh dijadikan alas perut.
BBM3410Satu2019: Long Shot (Wakanda Production)
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Pada kali ini, saya ingin menyajikan hasil kerja teknik fotografi iaitu long shot yang dihasilkan oleh Wakanda Production. Teknik long shot akan dipaparkan terbahagi kepada long shot pemandangan dan long shot pemandangan dan manusia.
Long Shot Pemandangan
Gambar ini diambil dengan berfokus kepada jalan yang dihiasi dengan kehijauan pokok-pokok di tepi jalan tersebut. Bangunan-bangunan yang jauh di sana turut kelihatan walaupun tidak jelas. Sungguh indah pemandangan ini.
Walaupun secara zahir ia dilihat seperti semak-samun, namun ia merupakan suatu keindahan alam yang memukau pandangan mata. Kehijauan rumput ini boleh dijadikan sebagai terapi mata kepada sesiapa sahaja yang melihatnya.
Pemandangan pantai juga sangat mengujakan hati manusia yang ingin mencari ketenangan. Tempat ini sangat menarik kerana dilihat sangat bersih dan sudah tentu udaranya sungguh nyaman.
Long Shot Pemandangan dan Manusia
Pemandangan dari jauh ini menunjukkan suasana yang agak tenang kepada sesiapa yang melihatnya. Kelihatan seorang pelajar sedang berjalan ketika gambar ini diambil.
Gambar ini diambil di jalan raya berhadapan dengan Dewan Besar, UPM. Sungguh gigih rakan saya mengambil gambar ini kerana dia berpendapat jalan di kawasan ini seperti di California.
Anda sudah tentu tahu tempat di dalam gambar ini, bukan? Inilah tempat Agrotourisme yang paling menarik minat pelancong iaitu Cameron Highlands. Walaupun hanya melihat gambar ini, anda sudah tentu dapat membayangkan kesejukan tempat ini, kan? Saya juga begitu.
BBM3410Satu2019: Medium Shot ( Wakanda Production)
Assalamualaikum dan hai semua.....
Kali ini saya hendak memaparkan hasil kerja fotografi dari Wakanda Production iaitu teknik medium shot. Ayuh, kita lihat....
Medium Shot Manusia dan Pemandangan
Jika rakan anda ingin terbang, eloklah kita menggunakan teknik medium shot sewaktu mengambil gambar supaya mereka lebih nampak dengan jelas bahawa mereka hanya mimpi di siang hari.
Gambar ini diambil di jalan raya kecil yang merupakan bersebelahan dengan Dewan Zaaba, FBMK. Pada ketika ini, kedua-dua rakan ini berasa bosan dengan PITA. Jadi, mereka bercadang untuk membuat senaman ringan seperti ini.
Gambar ini diambil dengan berfokus kepada empat orang pelajar sedang berjalan menuju ke arah stesen bas untuk pergi ke kuliah. Di sebaliknya, ia berlatarkan pemandangan kehijauan pokok dan bangunan kolej yang tersergam indah. Nasib baik cuaca agak cerah pada hari itu, kalau hujan memang berebut payunglah mereka ini.
Medium Shot Manusia
Gambar ini diambil dengan hanya berfokus kepada tiga orang sahabat ini sahaja. Masing-masing berangan-angan ingin menjadi model tetapi setelah melihat sendiri gambar ini angan-angan tersebut sudah menjadi seperti semak-samun di belakang mereka.
Eh, apakah itu? Dah tahu Dewan Zaaba ada penghuni selain anda berdua, boleh lagi saudari berdua tunggu di situ? Sudah, jom balik.
Aku tak faham kenapa dia duduk di situ tengah panas terik. Gadis di belakang itu pun jalan pakai payung. Tapi, dia yang duduk, aku pulak yang panas, kenapa? Semoga awak tidak demam esok,ya.

BBM3410Satu2019: Mug Shot ( Wakanda Production)
Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Anda tahu apakah itu mug shot?
Jadi, pada hari ini saya ingin kongsikan teknik fotografi mug shot iaitu teknik mengambil secara dekat tapi dalam keadaan tidak bersedia . Jom kita lihat, teknik mug shot dari Wakanda Production. Kami telah memaparkan emosi yang berbeza-beza bagi setiap gambar di bawah.
Gambar ini boleh diambil sekiranya rakan anda sedang berduka misalnya dia telah mendapat berita sedih iaitu kucingnya di kampung telah mati secara tiba-tiba. Bagi pencinta kucing pasti akan berasa sedih sebegini, bukan?
Gambar mug shot seperti ini sangat sesuai diambil ketika anda keluar makan di KFC bersama rakan anda. Sewaktu sedang makan, rakan anda telah mencuri kulit ayam anda secara sengaja. Ya Allah, geramnya tapi sabar je lah.
Gambar mug shot ini kelihatan seperti wajah seorang gadis yang sangat teruja ketika melihat sesuatu secara tiba-tiba. Mungkin 'crush' baru melintas di hadapannya ketika gambar ini diambil. Mohon bertenang wahai saudari.

BBM3410Satu2019: OVER THE SHOULDER (Wakanda Production)
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....
Teknik fotografi seterusnya yang ingin saya kongsikan pada kali ini ialah teknik 'over the shoulder'. Saya yakin semua orang pernah mencuba teknik ini sewaktu mengambil gambar tetapi hanya tidak tahu namanya sahaja. Teknik fotografi over the shoulder merupakan cara mengambil gambar di sebalik bahu orang lain. Menarik, bukan?
Gambar ini boleh diambil sewaktu ingin pergi ke KFC bersama rakan. Jadi, sebelum pergi eloklah mencuba dahulu teknik ini dengan syarat pinjamlah bahu rakan yang baik hati terlebih dahulu sebelum mengambil gambar. Terima kasih Nana sudi pinjamkan bahu.
Gambar ini diambil sewaktu kisah cinta tiga segi sedang berlangsung. Tanpa melengahkan masa, Amirah secara suka rela meminjamkan bahunya untuk mengambil gambar adegan yang berlaku pada ketika itu. Agak malu-malu si gadis yang berjaya dipayungi oleh sang jejaka itu ya. Seorang lagi gadis redha je lah sebab anda sudah belajar apa itu redha, kan?
Nampak seronok sungguh gadis-gadis ini apabila mendapat mesej dalam 'whatsapp' kelas batal. Jadi, apa tunggu lagi, jom kita ambil gambar. Tapi, bahu Qila yang menjadi mangsa. Maaf ya.

BBM3410Satu2019: BIRD'S EYE VIEW (Wakanda Production)
Assalamualaikum dan hai semua..
Saya akan berkongsi satu teknik fotografi yang dikenali sebagai teknik Bird's eye view. Teknik ini dilakukan dengan mengambil gambar dari arah atas dan disebabkan itulah ia dikatakan sebagai teknik fotografi pandangan mata burung. Berikut adalah contoh gambar yang diambil oleh Wakanda Production :
Gambar ini diambil dari arah atas blok kolej serumpun pada waktu pagi. Waktu ini para pelajar berjalan ke arah stesen bas dan rata-rata ingin menghadiri kuliah. Sementara hendak sampai ke stesen bas, sudah tentu basah dahulu ketiak masing-masing. Itulah yang dinamakan senaman sebelum ke kelas.

Gambar yang kedua pula diambil dari arah atas blok kolej serumpun lelaki yang menghadap ke arah bulatan jalan raya. Pandangan dari arah atas telah menampakkan deretan kereta di sepanjang kaki jalan iaitu ke arah ladang. Jalan raya di sekitar bulatan juga kelihatan agak lengang pada ketika itu.
Gambar ini diambil di blok kolej Serumpun yang menghadap ke arah parkir yang bertempat di sebelah tasik. Sungguh tenang air tasik jika dilihat dari arah atas.
Itulah hasil fotografi Bird's Eye View dari Wakanda Production. Selamat mencuba.....
Subscribe to:
Posts (Atom)